SEJARAH PERODUA KANCIL 「 MYPeroduaclub 」


Perodua Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk.

《 Di lancarkan pada tahun 1994 》
《 Di hentikan pengeluaran 2009 》

Perodua Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd. Perodua Kancil mula dilancarkan pada tahun 1994. 

Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor haiwan yang bijak dan pernah muncul dalam cerita kanak-kanak zaman dahulu. Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Kelisa.


Kancil mempunyai 3 model berbeza :
  • Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.
  • Kancil 850EX- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.
  • Kancil 850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.

0 Berbicara: