COMMERCIAL BREAK WITH RANGER MYPERODUACLUB

Pencetus MYPeroduaclub

SEJARAH PENUBUHAN KOMUNITI KELAB KERETA PERODUA MALAYSIA
RANGER MYPERODUA CLUB - RMPC™ | DI BUMI BERTUAH, MALAYSIAKU!


Short Story of RMPC
RANGER MYPERODUA CLUB - RMPC™  
KOMUNITI KELAB KERETA RENJER PERODUA MALAYSIA

Lahirnya idea asal mewujudkan sebuah kelab mewakili jenama PERODUA mula dibincangkan pada 31 Ogos 2014 bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia oleh sepasang suami isteri yang memiliki jentera PERODUA. Mereka yang dimaksudkan adalah “Boy” dan “Ena” dengan panggilan manja. Selain itu, kerjasama dan penglibatan awal terbitnya penubuhan ini adalah saudara Eddie Fadzrie, saudara Eddie Fadzrul, dan saudari Eyka Fadzrin. Pendek kata, cetusan Komuniti Kelab Kereta yang diperjuangkan ini adalah dikalangan adik beradik.

Setelah mendapat kata sepakat, maka terciptalah penubuhan dalam arena permotoran yang di beri nama “KELAB KERETA RENJER PERODUA MALAYSIA” atau dalam bahasa inggerisnya adalah “RANGER MYPERODUA CLUB”. Penubuhan ini lebih mesra dengan gelaran “RMPC™”. 

Selanjutnya, RMPC™ telah didaftarkan dan mendapat kelulusan oleh agensi JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM), di bawah Akta Pertubuhan 1966,  No. Pendaftaran PPM 0130109102014. 

RMPC™ mula diperkenalkan secara umum pada awal tahun 2015 melalui media sosial dan rangkaian internet seperti laman Sesawang (Webs), Blogger, Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan bagi kata kuncinya adalah “MYPERODUACLUB”. 

Markerting berkait RMPC™ telah dipergiatkan melalui edaran risalah dan pengiklanan media sosial. Kami juga aktif dalam perjumpaan santai yang diberi nama TABLE TALK TIME - TTT. Kebiasaanya, perjumpaan akan di susunatur oleh kesepakatan setiap ahli melalui aplikasi WhatsApp. Keahlian dalam RMPC™, kami gelarkan sebagai “RENJER

RMPC™ adalah sebuah Komuniti Kelab Kereta yang lain dari yang lain! Percaya atau tidak? Kerana tertubuhnya RMPC™ ini, ramai telah membuka mata dan hati segenap masyarakat di Malaysia terutamanya kepada kaum LELAKI. Ini kerana, lelaki yang sinonim dengan arena sukan permotoran ini seakan tidak percaya dan sekaligus memberi tabik hormat kepada Pengerusi RMPC™. 

Kenapa? kerana teraju atau pengerusi RMPC™ adalah WANITA. Beliau lebih mesra dengan panggilan "MISS PRESIDENT". Secara tidak langsung, telah membuktikan kepada dunia sukan permotoran di Malaysia yang biasanya dimonopoli oleh kaum LELAKI juga seiring dan boleh dikelola oleh WANITA.

Terdapat beberapa perlantikan AJK di dalam penubuhan RMPC™, Perlantikan tersebut adalah bagi melancarkan segala urusan secara santai - TTT mahupun di dalam acara rasmi seperti GRAND MEGA GATHERING, ANNUAL GRAND METTING dan lain - lain lagi. Tersebut adalah senarai lantikkan serta callsign yang diberikan ;

  • CHIEF GENERAL STATE RENJER (C-GSR)
  • CHIEF ASST. GENERAL STATE RENJER (C-AGSR)
  • GENERAL STATE RENJER (GSR)
  • ASST. GENERAL STATE RENJER (C-AGSR)
  • CAPTAIN DISTRICT RENJER (CDR)
  • ASST. CAPTAIN DISTRICT RENJER (ACDR)
  • MARSHALL CAR RENJER (MCR 1)
  • MEDIA CAR RENJER (MCR 2)

       Tidak dilupakan juga, anjuran aktiviti amal kebajikan ke rumah - rumah anak yatim, lawatan mesra terhadap ahli yang mengalami dugaan kesihatan, pondok tahfiz, dan seumpama dengannya.

RMPC™ juga telah mencipta pelbagai produk seperti stiker, lanyard, baju korporat, tshirt, dan banyak lagi dengan penuh ketelitian dan kehalusan seninya. oleh sebab itu, banyak pihak telah memberi maklumbalas dan memuji produk RMPC™ terutamanya STIKER RASMI (STARTER KIT) adalah ciptaam yang sangat kreatif diantara mana - mana Kelab atau Komuniti yang ada di Malaysia ini.

0 Berbicara:

INSTAGRAM @MYPERODUACLUB